Monday, February 12, 2007

Sinopsis Shin Chan


Kebanyakan gelagat lucu dalam siri ini berasaskan penggunaan bahasa Shin-chan yang salah dan kadang-kadang dianggap agak tidak semulajadi, serta perangainya yang nakal. Lawak-lawak sebegini mungkin sukar diterjemah untuk pembaca dan penonton yang bukan berbahasa Jepun, maka para penterjemah di merata dunia terpaksa menulis lawak sendiri untuk melitupi kesulitan ini. Shin-chan sering mempermainkan dan mempersenda ibu bapanya dengan kesilapannya menggunakan perkataan yang sepatutnya.

Jalan-jalan cerita yang dipancarkan dalam anime Shin-chan berdasarkan cerita yang dilakar dalam komiknya. Rancangan anime ini telah menghadapi kontroversi yang dicetuskan oleh ibu bapa yang bimbang bahawa watak utama, iaitu Shin-chan, boleh dijadikan contoh yang tidak baik untuk penonton-penonton muda. Shin-chan sering dibandingkan dengan Bart Simpson dalam sitkom animasi barat The Simpsons, tetapi kedua-dua watak animasi ini jauh perbezaan di antara mereka. Khasnya, Bart lebih tua dan nampaknya lebih sengaja berbuat nakal berbanding Shin-chan yang kenakalannya cuma berasaskan ketidakendahannya untuk berkelakuan yang baik yang berpada-pada dengan umurnya.

Punca kontroversi siri Crayon Shin-chan adalah sikap watak utamanya yang adakala mendedahkan alat kemaluan dan punggungnya di depan ibu bapanya, kawan-kawannya ataupun di khalayak umum, tanpa secebis pun sikap bertimbang rasa terhadap rasa malu yang dirasai keluarganya.

Saturday, February 10, 2007

Shin Chan's dog


Kalau nak tahu, Shin Chan ni mempunyai haiwan peliharaan iaitu seekor anjing di beri nama Shiro (シロ) / Lucky (phuuz) / Whitey (FUNimation). Shiro bermakna putih dan nama ini diberikan sesuai dengan bulunya yang putih. Shiro merupakan seekor anjing yang periang dan disayangi oleh seluruh keluarga Shin Chan.

Wednesday, February 7, 2007

Himawari Nohara (野原ひまわり Nohara Himawari) / Daisy Nohara (phuuz) / Hima Nohara (FUNimation)


Seperti mana yang kita semua tahu, Shin Chan merupakan anak sulong (pertama) dan mempunyai adik bongsu yang lebih dikenali sebagai Himawari yang membawa maksud "bunga matahari". Himawari dan Shin Chan ni rupa-rupanya mempunyai jarak umur setahun dengan Shin Chan. Adik Shin Chan ni memang suka sangat pada lelaki muda yang kacak seperti bapanya. Mentang-mentanglah dia comel...

Monday, February 5, 2007

Ayah Shin Chan


Ayah Shin Chan bernama Hiroshi Nohara (野原ひろし Nohara Hiroshi) / Harry Nohara (phuuz) / Hiro Nohara (FUNimation). Merupakan seorang bisnesman yang asyik kena marah dengan bosnya. Walaupun begitu, dia seorang yang kuat bekerja kerana ingin menampung keluarganya. Psstt..dia suka bercakap dalam tidur tau! dan sama seperti anaknya Shin Chan, dia pantang tengok perempuan yang cantik. Kerana itu, dia selalu dipukul oleh isterinya.