
Bagi penggemar comic & serial TV pasti anda kenal dengan tokoh utama kanak-kanak yang semakin panas di abad ini. Shin Chan si anak kecil yang berusia 5 tahun ini (pasti tak besar-besar) dengan aksi dan tingkah laku yang melucukan dan petah berkata-kata (sekali sekala agak kotor "18sx"). Kelakuan inilah yang sering membuatkan orang tuanya marah terutama mamanya Misae iaitu wanita 27 tahun yang sangat sensitif terutama dengan bentuk tubuhnya yang sering dijadikan bahan olokan oleh Shin Chan. Tarian "Pat-Pat" dan "Gajah Kecil" antara kegemarannya. Selain itu, Shin Chan juga gemar menganggu gadis-gadis muda & cantik dengan lagak dewasanya.
Begitulah serba sedikit tentang Shin Chan yang selalu dijadikan kontroversi dikalangan masyarakat kita. Kelakuan & aksi yang ditunjukkan ini sememangnya bukan sesuatu contoh yang baik bagi generasi kita. Namun begitu, setidak-tidaknya, anime Shin Chan ini dapat dijadikan bahan penghibur dan ditonton di tengah-tengah kesibukan yang ada.
Have Fun & Keep Watching Your Childrens !!!
No comments:
Post a Comment